ENTERTAINMENT
'Fatimah Az-Zahra pipi merah, rambut lebat' - Pengurus Siti Nurhaliza

Ini imej yang dimuat naik di Instagram Datuk Khalid Jiwa tidak lama selepas isterinya, Siti Nurhaliza selamat melahirkan puteri sulung mereka di sebuah hospital swasta di ibu negara pagi tadi. - Foto IG @rozisangdewi
"Pipi baby ni merah sangat, rambut dia pun lebat, comel sangat."
Itu gambaran yang diberikan pengurus dan kakak ipar kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Rozi Abdul Razak ketika ditanya bagaimana rupa puteri sulung pasangan penghibur nombor satu negara dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Fatimah Az-Zahra.
Jelas Rozi, Siti Nurhaliza dan anaknya berada dalam keadaan yang sihat namun masih berada di bawah pengawasan doktor.
Tambahnya lagi, bayi yang dilahirkan di sebuah hospital swasta pada jam 8.17 pagi tadi dengan berat 3.55 kilogram itu juga sudah mula menyusu.
"Alhamdullillah kesemua ahli keluarga berada di hospital bagi melawat Siti. Setakat ini saya masih belum berjumpa dengan Siti kerana dia masih berehat," jelasnya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami