Baru 13 hari ditayangkan, demam Hantu Kak Limah sebenarnya baru sahaja bermula. Tiga rekod yang berjaya dipecahkan dalam tempoh itu, termasuk menempa sejarah sebagai filem tempatan pertama mencecah kutipan RM20 juta, membuktikan filem arahan Mamat Khalid itu bukan calang-calang.
Namun elemen simplicity yang diketengahkan mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu yang merasakan ada filem lain yang lebih layak mencatatkan kutipan sedemikian.
Apa yang kita terlepas pandang adalah penilaian sesebuah hasil seni tidak semudah itu kerana sebuah hasil seni merupakan satu bahan kompleks yang memerlukan pemerhatian yang teliti dalam segenap aspek.
Bagi Penerbit Eksekutif filem Hantu Kak Limah, Datuk Khairul Anwar Salleh, dakwaan filem ringkas tidak berintelektual sebenarnya tidak boleh diguna pakai.
"Orang cakap filem ini mengarut, tetapi kita lupa tentang tukang karut dalam dikir barat. Istilah tukang karut itu kita boleh gunakan untuk menggambarkan ia satu aspek humor yang sinonim dengan masyarakat Melayu.
"Saya anggap lawak mengarut itu satu genre baharu dalam industri perfileman kita. Sudah sampai masanya kita didik pihak-pihak berintelek ini agar memahami yang ada genre sebegini dalam perfileman dan ia bukan sesuatu untuk diperlekehkan," katanya.
Berpendapat faktor pengaruh netizen dan laman sosial sebagai salah satu elemen yang membantu mempromosi filem ini, resepi kejayaan Hantu Kak Limah juga terletak kepada garapan Mamat yang bijak mengadun pelbagai elemen, bersesuaian dengan kehendak penonton di negara ini.
"Itu kelebihan Mamat Khalid. Subjeknya ringkas, iaitu penduduk di sebuah kampung. Segalanya serba sederhana. Tetapi dia sertakan juga sindiran halus, namun 'sampai' kepada masyarakat.
"Kita perlu faham yang masyarakat di negara ini bersifat pelbagai. Kerana itu, kita memerlukan hasil karya yang pelbagai juga. Pembikin filem perlu faham kepelbagaian ini dan secara tidak langsung, mereka menjadi wakil kepada golongan-golongan yang pelbagai ini," ujar Khairul.
Bagaimanapun, cabaran utama dalam menghasilkan filem berkualiti bukan sahaja terletak di bahu pengarah, sebaliknya perlu dipikul secara kolektif, termasuk oleh penonton.
"Kita bertuah kerana mempunyai pengarah seperti Mamat Khalid, Chiu Keng Guan, Ghaz Abu Bakar dan U-Wei Hj Saari yang mampu menghasilkan karya yang mampu memenuhi kehendak masyarakat kita.
"Apa yang kurang adalah pengurusan hasil karya itu kerana bukan mudah mahu menyeragamkan kehendak penonton dengan keinginan pengarah untuk berkreatif.
"Selain itu, kita perlu juga memikirkan dari aspek perniagaan, dimana kita perlu membuat perkiraan tentang kos, untung dan rugi. Jadi ia bukan satu isu yang mudah untuk dibahaskan," jelasnya.
BACA: Hantu Kak Limah kutip RM13.6 juta dalam masa seminggu!
Dalam pada itu, Khairul berpendapat, tidak ada salahnya untuk filem tempatan menjadi 'jaguh kampung' kerana untuk berjaya di pasaran luar, satu landasan perlu dibina terlebih dahulu di pasaran tempatan.
"Macam atlet sukan. Mereka perlu dapat pingat emas dan pecah rekod dalam negara, barulah dia boleh dibawa bertanding di peringkat antarabangsa.
"Betul, kejayaan di dalam negara bukan penentu sepenuhnya. Tetapi saya percaya, tidak salah menjadi jaguh di halaman sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah kita fikirkan bagaimana mahu tawan pasaran luar," luahnya.
Khairul yang juga Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, melihat ciri unik Malaysia adalah sesuatu yang mampu dijual kepada masyarakat luar, dengan mengambil contoh genre komedi seram yang diketengahkan dalam Hantu Kak Limah.
"Sebagai contoh, filem Pengabdi Setan adalah filem paling tinggi kutipan di Indonesia. Elemen seramnya juga terbaik. Tetapi apabila diberitahu tentang genre komedi seram, mereka terkejut dan tidak tahu ada genre sebegitu.
"Tetapi itu kelebihan untuk kita kerana kita sudah faham dengan genre itu. Jadi mungkin ini sesuatu yang kita boleh bawa keluar, sekurang-kurangnya di rantau Nusantara di mana budaya dan bahasa kita hampir sama," katanya sambil memaklumkan Mamat Khalid kini sedang dalam proses merangka sekuel terbaharu filem Zombi Kampung Pisang.
"Kita merancang filem zombi yang lebih sofistikated, memandangkan teknologi sekarang juga sudah semakin canggih. Tetapi tentu sekali kita tidak akan lupakan elemen kesederhanaan yang menjadi identiti filem Mamat Khalid selama ini," tambahnya berkongsi keterujaan.
Ketika artikel ini ditulis, Hantu Kak Limah telah mencatatkan kutipan RM20.5 juta sekaligus ditabalkan sebagai filem Melayu dengan kutipan tertinggi.
Sebelum ini, filem terbitan bersama Astro Shaw dan Infinitus Gold itu telah mencatat rekod tersendiri apabila menerima kutipan lebih RM650,000 pada hari pembukaan (sneak preview) pada 8 Ogos lalu, selain mengukir kejayaan dengan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.
Madiha Abdullah
Tue Aug 21 2018
Filem Hantu Kak Limah kini merupakan filem Melayu dengan kutipan tertinggi, dengan kutipan RM20.5 juta. - Astro Shaw
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.