SUSULAN isu pengasingan kategori dalam Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) menjelaskan tindakan itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri perfileman antarabangsa.

Mengambil contoh situasi yang sama yang turut diamalkan di negara-negara seperti India dan Austria, FDAM menegaskan tidak wujud unsur diskriminasi, sebaliknya ia hanya bertunjangkan asas memperjuangkan karya berbahasa kebangsaan dalam FFM.

Malah pengarah bukan Melayu diberi peluang yang sama untuk dicalonkan dalam kategori utama, seperti Saw Teong Hin melalui filem Jejak Warriors, memandangkan filem itu menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantaraan.

"Individu bukan Melayu juga dipertimbangkan dalam kategori bahasa kebangsaan jika menghasilkan karya dalam bahasa itu, contohnya Saw Teong Hin dan filem arahannya, Jejak Warriors.

"FFM memberi pengkhususan beberapa kategori selaras dengan semangat perlembagaan di mana bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan," jelas FDAM melalui satu kenyataan media.

SUSULAN isu pengasingan kategori dalam Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) menjelaskan tindakan itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri perfileman antarabangsa.  Mengambil contoh situasi yang sama yang turut diamalkan di negara seperti India dan Austria, FDAM menegaskan tidak wujud unsur diskriminasi, sebaliknya ia hanya bertunjangkan asas memperjuangkan karya berbahasa kebangsaan dalam FFM.  Malah pengarah bukan Melayu diberi peluang yang sama untuk dicalonkan dalam kategori utama, seperti Saw Teong Hin untuk filem Jejak Warriors, memandangkan filem untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraan.

FFM28 mencetuskan kontroversi apabila mengasingkan tiga kategori utama iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik, kepada dua, iaitu bahasa Malaysia dan bukan bahasa Malaysia.

BACA: FFM: Apa saja filem yang lahir dari negara ini harus diterima sebagai filem Malaysia - Mahadi J Murat

BACA: Saya akan teliti isu kontroversi FFM28 - Salleh Said

BACA: MIC minta Finas tidak asingkan kategori filem berdasarkan bahasa