Finalis program realiti popular dunia, American Idol bakal mempersembahkan lagu nyanyian penyanyi tempatan, Yuna yang bertajuk Shine Your Way.

Lagu tersebut dirakamkan oleh Yuna bersama Adam Young, pemuzik dan perintis projek electropop terkenal, Owl City.

Shine Your Way merupakan salah satu lagu yang dipilih untuk dimuatkan dalam album runut bunyi filem animasi terbitan Dreamworks, The Croods yang akan ditayangkan di seluruh dunia pada 21 Mac depan.

Program American Idol boleh ditonton di Star World (Saluran 711) yang dipancarkan secara langsung menerusi satelit setiap Khamis dan Jumaat pada pukul 6.05 petang.