Tutup

Finas akan berusaha bantu ringankan penderitaan pelakon Puteri Balqis

Finas akan berusaha bantu ringankan penderitaan pelakon Puteri Balqis
Menurut Hans, beliau juga sudah berbincang dengan pengurusan media tempatan untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada Puteri Balqis.
PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac berkata, pihaknya akan memberikan bantuan sewajarnya kepada pelakon cilik, Puteri Balqis yang kini dilaporkan mengalami kesempitan hidup.
 
Menurut Hans, beliau sudah mengarahkan kakitangan Finas untuk mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan segala bantuan dapat disalurkan bagi meringakan beban pelakon tersebut.
 
"Selepas banyak orang tag saya di media sosial, saya sudah meminta kakitangan Finas untuk memberikan perhatian kepada kes Puteri Balqis ini.
 
"Suka untuk saya maklumkan bahawa kami kini sedang berusaha untuk memberikan bantuan yang sewajarnya. (Sebagai sebuah agensi, kami memerlukan kelulusan dengan menyediakan dokumen berkaitan yang diperlukan sebelum memberikan bantuan kepada mana-mana individu)," tulisnya.
 
Hans berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya.
 

Katanya lagi, sebarang bentuk bantuan kewangan akan disalurkan terus kepada badan yang sepatutnya bagi tujuan pendidikan dan bayaran perubatan.
 
BACA: "Ibu tidak ambil dadah" - Puteri Balqis pertahan ibu, tepis kritikan Nabila Huda dan netizen


Dalam pada itu, Hans berkata, beliau juga sudah berbincang dengan pengurusan media tempatan untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada Balqis.
 
Terdahulu, kisah penderitaan pelakon cilik tersebut menjadi tular selepas kisah penderitaan kehidupannya disiarkan sebuah program televisyen tempatan.
 
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin ke-18 itu dikatakan terpaksa mengikat perut dan menjual buku di jalanan bagi meneruskan hidup.
 
Ekoran pendedahan itu, pelbagai respons yang diterima termasuklah ada pihak yang membuat pelbagai spekulasi yang mengecam peranan ibu bapanya.
 
BACA: Selepas Tular Kesempitan Hidup Puteri Balqis, Kawan Ibu Tampil Menjawab Tohmahan Netizen




Tag: Puteri Balqis, finas, bantuan, Hans Isaac



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.