Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam yang telah bergelar suami kepada Aida Azira pada majlis akad nikah yang berlangsung pada Sabtu.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharon,27, dan isterinya Aida Azira Hussin telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Dewan Sapura, Mines Resort City sekitar jam 9.30 pagi.

Manakala majlis resepsi pula diadakan pada sebelah petang di tempat yang sama dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan sahabat handai.

Foto-foto eksklusif majlis resepsi mereka turut dikongsi oleh Sam di akaun Instagram (IG) untuk tatapan peminat beserta hashtag #SamAida.

Pasangan ini mula berkenalan sebagai rakan sekitar tahun 2011 dan menyulam cinta sekitar tahun 2013.

Sam yang juga merupakan abang kepada pelakon Siti Saleha itu telah mengikat tali pertunangan bersama Aida pada 6 Oktober tahun lalu.

Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis resepsi Sam dan Aida yang diambil menerusi IG mereka. -- Astro Gempak

Sam Bunkface

Sam Bunkface

Sam Bunkface
Foto dari Instagram Shamsul Annuar Mohd Baharon dan Aida Azira Hussin