TIADA penyingkiran dalam Gegar Vaganza 5 minggu ini apabila Zamani diselamatkan melalui imuniti penaja.

Datuk Seri Aliff Syukri memilih untuk menggunakan imuniti yang hanya boleh digunakan sekali untuk memberi peluang kepada Zamani bersaing di minggu keenam.

Zamani gagal menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta kerana masalah kesihatan.

BACA: Gegar Vaganza 5 - Biar hilang suara, namun Zamani tetap 'legend'

Gegar Vaganza musim kelima menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala Datuk AC Mizal tampil sebagai juri jemputan.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 bagi tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV5 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).