Anak seni Afdlin Shauki menyifatkan gelaran 'Datuk' yang diterimanya pada Selasa sebagai pendorong semangatnya untuk lebih aktif dalam kerja amal bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.
Afdlin Shauki, 46, berkata penganugerahan itu juga 'kena pada masanya' kerana beliau baharu sahaja menubuhkan Yayasan Afdlin Shauki beberapa bulan lalu supaya kerja amal tersebut dapat dilakukan dalam keadaan yang lebih teratur dan tertib.
Beliau yang sudah 26 tahun terlibat dalam bidang seni juga menyifatkan pemilihannya sebagai seorang daripada penerima anugerah sebagai penghargaan daripada institusi kesultanan dan kerajaan negeri Pahang kepada anak seni.
"Namun begitu, penghargaan ini tidak boleh dilihat dari sudut anak seni semata-mata... ada bidang lain yang juga diberi perhatian seperti kerja amal. Saya melihat gelaran ini datang dengan tanggungjawab yang cukup besar supaya kemuliaannya dipelihara," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Istana Abu Bakar di sini.
Afdlin Shauki atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan merupakan seorang daripada 33 penerima darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa.
BACA: Alif Syukri dan Afdlin Shauki terima darjah kebesaran Pahang
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan istiadat itu.
Sementara itu, Pengasas dan Pemilik D'Herbs Holding Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang sinonim dengan gelaran 'Terlajak Laris' berkata anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepadanya adalah pencapaian yang tidak pernah dijangkakan.
Alif Syukri menambah penghargaan itu lebih manis buatnya kerana beliau sendiri adalah anak Pahang kerana dilahirkan di Kuala Lipis.
"Saya memang amat terharu apabila diberikan anugerah ini pada usia 30 tahun. Ini akan menjadi salah satu peristiwa yang tidak mungkin saya lupakan... saya harap anugerah ini akan menjadikan saya lebih murah rezeki dan dikurniakan kebahagiaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2017
Datuk Afdlin Shauki beramah mesra dengan Datuk Seri Aliff Syukri di Istana Abu Bakar. -Foto BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM
Afdlin berikrar untuk menaikkan kembali imej FDAM yang tercalar sebelum ini.
Belanjawan 2024: Afdlin Shauki harap infrastruktur industri seni ditambah baik
Afdlin Shauki Aksan berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur bagi industri seni menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat.
'Saya lebih tenang, makan terjaga selepas kahwin' - Afdlin Shauki berhasrat timang zuriat
Menurut Afdlin, dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi mengenai hal zuriat kerana kerana sedar dirinya juga sudah berusia.
"Bahagia, rasa tenang" - Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.
Sofyank peluk anak Afdlin Shauki?- Netizen terkejut tengok foto Mia Sara
Perkongsian foto anak pelakon terkenal Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara dengan teman lelakinya menerusi TikTok baru-baru ini menarik perhatian netizen di laman sosial.
Afdlin Shauki dilantik Ahli Lembaga Penasihat DBKL
Pelantikan itu juga memperlihatkan pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan menjadi artis pertama yang memegang jawatan tersebut.
'Insya-Allah dalam 1 Ogos nanti saya akan...' - Afdlin Shauki jawab dakwaan sudah berkahwin
Afdlin berkata dia masih menghormati bekas isterinya iaitu Christina Orow Abdullah biarpun wanita tersebut sudah mengetahui segalanya.
Afdlin Shauki yakin Anwar Ibrahim mampu pulih ekonomi negara
Ujar Afdlin, tidak ada individu seperti Anwar dan disebabkan hal itu, rasa kagum terhadap beliau tidak pernah meluntur.
"Menitik air mata saya ketika itu" - Afdlin Shauki dedah sebab bercerai
Afdlin mendedahkan yang hubungannya bersama bekas isteri, Datin Maria Christina Orow Abdullah masih dalam keadaan baik.