Walaupun Gegar Vaganza 4 (GV4) sudah memasuki minggu keempat pertandingan, namun pengguna aplikasi Raku masih belum mahu berganjak daripada memainkan lagu-lagu daripada ‘playlist’ konsert minggu pertama.

Buktinya kesemua lagu yang berada di carta teratas Gegar Vaganza Raku adalah lagu-lagu yang dinyanyikan pada konsert pembukaan bulan lalu.


Berikut senarai lagu terhangat yang melekat di telinga pengguna Raku:

1. Janji Manismu – Aishah
2. Embun – Aqasha
3. Kehilangan - Firman
4. Mungkir Bahagia – Hazami
5. Farhana – Tia Jinbara
Carta lagu ini berdasarkan trend pemilihan lagu pengguna Raku di Kuala Lumpur.

Adakah ini bermaksud belum ada persembahan peserta Gegar Vaganza 4 yang mampu berbekas di hati peminat program ini seperti minggu pertama?

Saksikan Konsert Gegar Vaganza minggu ketiga 9 malam ini.

Anda juga boleh terus mendengar playlist lagu malam ini di Raku.My atau muat turun secara percuma aplikasi Raku di App Store dan Playstore.