Tutup

Iman tak kuat, Emma akhirnya buang tudung

Iman tak kuat, Emma akhirnya buang tudung
EMMA mengakui imannya belum kukuh dan membuat keputusan menanggalkan tudung dengan berat hati. Foto: Instagram/@emma_maembongofficial
KUALA LUMPUR: Selepas tular imej tidak berhijab bersama dengan peminat-peminatnya sejak tiga hari lalu, pelakon Emma Maembong akhirnya mengakui, dia kembali dengan imej lama tidak bertudung.

Perkara itu disahkan sendiri Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail kepada portal BH Online.

Emma dipetik sebagai berkata, tindakan yang diambilnya itu bukanlah contoh yang baik dan ia tiada kaitan dengan kontroversi melanda dirinya baru-baru ini apabila gambar mesra tanpa tudung bersama seorang jejaka tular di media sosial.

Pelakon berusia 27 tahun itu turut mengakui, imannya belum kukuh dan membuat keputusan tersebut dengan berat hati.
"Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.

“Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada BH Online.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you @headmistress.salon for the magnificent hair treatment ❤️ @nadia_dalib #emmamaembong #emanizers @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on


BACA: Emma Maembong mengaku buka tudung, nafi duduk celah kangkang abang menteri
BACA: Syed Abdullah mohon maaf, mengaku tertekan foto bersama Emma tersebar

Emma dalam pada itu menafikan keputusannya untuk bertudung sebelum ini adalah kerana mengusahakan perniagaan tudung.

“Perniagaan tudung dibuat ketika saya belum lagi menutup kepala. Secara peribadi, saya suka membeli tudung dan selendang, malah mempunyai sedikit bakat melukis, termasuk menjadikan tudung sebagai kanvas lukisan,” katanya.

BACA: Ini kata-kata Kamal Adli tujukan kepada Emma Maembong