awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu meroyan: "Maafkan atas keterlanjuran" - Anzalna Nasir

Gempak
Gempak
01/08/2017
02:09 MYT
Isu meroyan: "Maafkan atas keterlanjuran" - Anzalna Nasir
Pelakon jelita, Anzalna Nasir memohon maaf atas keterlanjuran kata di ruangan komen laman Instagram miliknya. - Foto Instagram
Pelakon jelita, Anzalna Nasir memohon maaf atas keterlanjuran kata di ruangan komen laman Instagram miliknya.
Akaun Instagram pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya ini menjadi medan perbalahan netizen yang mendakwa adik Anzalna, aktres Afifah Nasir sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz.
BACA: Perempuan Baru Lepas Bersalin Lain Sikit Perangai, Bak Kata Orang Meroyan - Anzalna Dikritik Sebelahi Adik
"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?
"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.
"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana," kata Anzalna kepada Astro Gempak.
Tambah pelakon drama bersiri Dendam Aurora ini, dia bertindak untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi adalah bukan kerana takut.
"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.
"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.
BACA: 'Ya, saya salah...' - Aliff Aziz
"Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya," kata Anzalna.
Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke. Ketika ditahan, Aliff didakwa ada bersama dengan Afifah di pusat karaoke tersebut. BACA: Stay strong Bella, umur muda tetapi matang! - Netizen puji sikap isteri Aliff Aziz BACA: Bella masih sayangkan Aliff, tidak terfikir untuk bercerai BACA: Tuduh saya meroyan itu kasar dan tidak patut - Bella Astillah Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
#Afifah Nasir
#Aliff Aziz
#Anzalna Nasir
#Dendam Aurora
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan