ISTERI Aliff Aziz, Bella Astillah, 23, meminta pihak tertentu agar tidak melabelkan dirinya dengan perkataan meroyan.
Ujarnya, terma itu disifatkan keterlaluan dan dia tidak pernah bersifat sedemikian ketika didakwa 'menyerang' suaminya yang sedang bersama seorang wanita di sebuah pusat karaoke baru-baru ini.
"Saya ke tempat itu dengan tujuan untuk berbincang dengan suami saya.
"Namun, wanita itu enggan beredar dan berlaku sedikit pergelutan dengan suami saya. Bukanlah ditampar atau dibaling telefon seperti yang didakwa. Mungkin terkena siku, itu sebabnya dahi saya terluka dan berdarah.
"Kemudian saya pula dituduh meroyan! Bagi saya itu sangat kasar dan tidak patut.
"Keluarga saya tahu siapa dan bagaimana perangai saya. Dalam hal ini saya tidak meroyan!" katanya pada sidang media tergempar di Shah Alam, Selangor semalam.
BACA: Isu meroyan: "Maafkan atas keterlanjuran" - Anzalna Nasir
Kontroversi penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 26, tercetus apabila dia ditahan pihak polis pada petang hari Jumaat lalu kerana didakwa telah mengasari isterinya, Bella Astilla, 23.
Pergaduhan itu terjadi apabila Bella mendapat tahu bahawa suaminya, Aliff, keluar bersama seorang wanita lain yang merupakan pelakon gandingannya, Afifah Nasir ke sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, Kuala Lumpur.
Selepas ditahan selama dua hari, Aliff dibebaskan setelah isterinya sendiri menarik balik laporan polis.
Pasangan itu kini sudah berdamai.
BACA: Stay strong Bella, umur muda tetapi matang! - Netizen puji sikap isteri Aliff Aziz
BACA: 'Ya, saya salah...' - Aliff Aziz
BACA: Bella masih sayangkan Aliff, tidak terfikir untuk bercerai
Teks oleh: Amri Hassan
Gempak
Tue Aug 01 2017
Isteri Aliff Aziz, Bella Astillah, 23, meminta pihak tertentu agar tidak melabelkan dirinya dengan perkataan meroyan.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
Guna nama Kementerian Komunikasi untuk memperdaya
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Menteri Luar Singapura antara yang terima surat dengan ugutan dan imej yang dimanipulasi
Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan merupakan antara beberapa Ahli Parlimen di negara ini yang menerima surat berbaur ugutan beserta imej yang dimanipulasi.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Ruhainies sambut Aidilfitri di Tanah Suci, mohon maaf pada semua
"Semoga Allah bersihkan hati, sucikan diri," pinta Ruhainies.
Masih sayang, Aliff Aziz mahu pertahan perkahwinan dengan Bella Astillah
Masih sayang dan mahu pertahankan rumah tangga demi anak-anak merupakan alasan utama penyanyi Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
Aliff Aziz tidak mahu ceraikan Bella Astillah
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.
“Tak perlu risau tiada pasangan untuk jaga kita...” - Rita titip kata-kata semangat pada Bella
Pesan Rita pada Bella jaga anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT dengan sehabis baik.
Bella Astillah failkan cerai terhadap Aliff Aziz
Pelakon Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Aliff Aziz.
'Jangan sebar berita tidak sahih' - Aisyah Aziz akui keluarga terkesan dakwaan khalwat Aliff, Ruhainies
Aisyah bagaimanapun menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sesuatu berita yang tidak sahih.
Isu Ruhainies dan Aliff Aziz, akhirnya Risteena buka mulut
Menurut Risteena, adiknya itu berada dalam keadaan baik dan menjalani kehidupan seperti biasa.
'Sabar' - Masih panas isu khalwat, Ruhainies muat naik foto terima sejambak ros merah
Adik kepada pelakon Nur Risteena itu memuat naik video memperlihatkan dia menerima sejambak bunga ros merah di Instagram miliknya pada Ahad.
Aliff Aziz, Ruhainies tampil mohon maaf, bakal jelaskan perkara sebenar
Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf melalui media sosial masing-masing.
All Stars GV: Aliff Aziz di tangga bahaya, ini markah penuh minggu ke-9!
Konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan nama Noryn Aziz diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.