"Jangan sindir dan perli, tetapi..." - Ustaz Firdaus Wong kongsi detik pengislaman Michael Ang

"Jangan sindir dan perli, tetapi..." - Ustaz Firdaus Wong kongsi detik pengislaman Michael Ang
"Jangan sindir dan perli tetapi berikan motivasi dan dorongan bukan sahaja untuk beliau tetapi kepada semua yang mahu kembali kepada Islam," tulis Firdaus. - Foto Instagram
PENDAKWAH bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung berkongsi detik pengislaman pengarah popular, Michael Ang.

Menerusi entri di akaun Instagram milik Firdaus, aktivis sosial itu turut memohon orang ramai memberikan ruang untuk Michael mendalami Islam mengikut kemampuan dirinya.

"Benarkah pengarah terkenal Michael Ang Telah Memeluk Islam? Ramai yang mesej bertanya apakah benar Michael Ang telah memeluk Islam?

"Memandangkan @michaelang38 dah kongsikan, maka saya juga turut ingin kongsikan berita gembira ini.
"Alhamdulilah. Ya benar beliau telah memeluk agama Islam lebih setahun lepas bersama saya dan Sheikh Hussain Yee dan segala urusan pendaftarannya diuruskan oleh NGO saya iaitu Multiracial Reverted Muslims (MRM).

"Majlis pengislaman berlangsung sederhana sahaja di rumah beliau. Kami berjanji merahsiakan sehingga beliau sendiri bersedia.

"Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah.. Selamat kembali ke agama Islam, Michael.. Bagilah ruang dan peluang untuk beliau mendalami agama Islam mengikut kemampuan dan kelajuannya yang tersendiri.

"Jangan sindir dan perli tetapi berikan motivasi dan dorongan bukan sahaja untuk beliau tetapi kepada semua yang mahu kembali kepada Islam," tulis Firdaus.

BACA: Saya terima petunjuk dan hidayah yang sangat kuat - Michael Ang

BACA: Selepas setahun bergelar Muslim, Michael Ang buat pengakuan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Benarkah Pengarah Terkenal Michael Ang Telah Meneluk Islam? . Ramai yang mesej bertanya apakah benar Michael Ang telah memeluk Islam? Memandangkan @michaelang38 dah kongsikan, maka saya juga turut ingin kongsikan berita gembira ini. . Alhamdulilah. Ya benar beliau telah memeluk agama Islam lebih setahun lepas bersama saya dan Sheikh Hussain Yee dan segala urusan pendaftarannya diuruskan oleh NGO saya iaitu Multiracial Reverted Muslims (MRM). Majlis pengIslaman berlangsung sederhana sahaja di rumah beliau. Kami berjanji merahsiakan sehingga beliau sendiri bersedia. . Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah.. Selamat kembali ke agama Islam, Michael.. Bagilah ruang dan peluang untuk beliau mendalami agama Islam mengikut kemampuan dan kelajuannya yang tersendiri. Jangan sindir dan perli tetapi berikan motivasi dan dorongan bukan sahaja untuk beliau tetapi kepada semua yang mahu kembali kepada Islam. . #islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #michaelang #chinesemuslim #cinamuslim #muallafcina

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong) on


Terdahulu, Michael mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu.

Khabar itu disampaikan sendiri oleh Michael menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X.




Sebelum ini, Michael dikatakan sudah bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Foto Michael bersama Ustaz Sheikh Hussein Yee dan Ustaz Firdaus Wong juga menguatkan spekulasi Michael telah memeluk Islam di hadapan dua orang ustaz tersebut.

Tag: Instagram, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung, Islam, Ramadan, Michael Ang


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.