Tutup

'Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah, carilah...' - Adam Corrie kongsi cara terus istiqamah

'Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah, carilah...' - Adam Corrie kongsi cara terus istiqamah
Adam Corrie turut menyatakan cara untuk kekal istiqamah berbuat baik selepas menerima hidayah. Astro GEMPAK
PELAKON Cina Muslim, Adam Corrie Lee akui bukan mudah untuk terus istiqamah dan berbuat baik.

Namun menurut Adam, jika seseorang itu sudah menerima hidayah sepatutnya hargailah ia sebaik mungkin.

“Apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin.

“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”
“Memang sukar untuk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah (berjuang dengan bersungguh-sungguh dengan syariat),” tulisnya.

Adam berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya mengaitkan perkongsian tersebut dengan berita mengejut pelakon Emma Maembong kini yang telah membuat keputusan membuka tudung.

BACA: Iman tak kuat, Emma akhirnya buang tudung 

Pelakon KL Gangster itu juga dalam perkongsiannya turut menyatakan cara atau tips bagaimana untuk kekal istiqamah berbuat baik selepas menerima hidayah.

“Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila dilanda ujian, cari kawan yang boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yang betul.

"Pergi majlis ilmu. Jauhkan seketika dahulu kawan-kawan yang boleh pengaruh kita kepada buat perkara yang tidak elok.

“Kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan. Percayalah.. Allah sayang kita.. tapi kita bersangka-sangka dengan Allah. Kuatkan ikatan kita dengan Allah dulu.

“Sedih.. tak mengapa.. itu lumrah untuk kita yang bergelar hambaNya yang lemah. Sedih.. mengadu dengan Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yang tulus dari hati.

“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang...” katanya lagi.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin. . “Ya Tuhan Kami, jgnlah Engkau jadikan hati Kami condong kpd kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; krn Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)” . Mmg sukar utk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah ( berjuang dengan bersungguh-sungguh dgn syariat) . kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila di landa ujian .. cari kawan yg boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yg betul. pergi majlis ilmu. jauhkan seketika dahulu kawan2 yg boleh pengaruh kita ke buat perkara yg tidak elok. . kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan. . percayalah.. Allah sayang kita.. tp kita bersangka-sangka dgn Allah. kuatkan ikatan kita dgn Allah dulu. . sedih.. tak mengapa.. itu lumrah utk kita yg bergelar hambaNya yg lemah. sedih.. mengadu dgn Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yg tulus yg dari hati. . senyum selalu selalu bersangka baik insyaAllah hati tenang . #adamcorrie #bukanUstaz #CinaMuslim

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on