awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami faham cemuhan Trump, dia tidak boleh membaca - Penerbit Parasite

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
21/02/2020
05:01 MYT
Kami faham cemuhan Trump, dia tidak boleh membaca - Penerbit Parasite
Trump mempertikaikan keputusan Anugerah Akademi mengangkat filem kategori antarabangsa itu sebagai Filem Terbaik di pentas Oscars.
SUSULAN tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencemuh kemenangan filem Korea Selatan, Parasite di Anugerah Akademi baru-baru ini, syarikat penerbit filem itu Neon memberikan kenyataan balas.
Neon menganggap bahawa Trump tidak faham akan terjemahan dalam filem tersebut.
“Boleh difahami. Dia tidak boleh membaca (terjemahan),” kata Neon menerusi akaun Twitter rasminya sementara mengenakan hashtag #Parasite #BestPicture #Bong2020 pada hantaran itu.
Understandable, he can't read.#Parasite #BestPicture #Bong2020 https://t.co/lNqGJkUrDP
— NEON (@neonrated) February 21, 2020
Trump pada awalnya bertindak mencemuh filem Parasite ketika menyampaikan ucapan di hadapan penyokongnya dalam satu perhimpunan di Colorado Springs semalam.
Menerusi ucapan itu, Trump mempertikaikan keputusan Anugerah Akademi mengangkat filem kategori antarabangsa itu sebagai Filem Terbaik di pentas Oscars.
Dia turut mengatakan tidak faham dengan filem itu yang berbahasa Korea.
BACA: Teruk sangat ke filem AS? - Trump cemuh kemenangan filem Parasite di Anugerah Akademi
Filem karya Bong Joon Ho itu, pada awal Februari berjaya membuktikan kejayaan filem antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
BACA: Parasite buktikan kejayaan filem antarabangsa di Oscars 2020
Topic Berkaitan
#Anugerah Akademi
#Donald Trump
#Korea Selatan
#Neon
#Oscars
#Parasite
#penerbit filem Parasite
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan