PELAKON terkenal, Noorkhiriah kesal dengan sikap orang ramai yang tidak mementingkan kebersihan tandas awam apabila membuang tuala wanita sesuka hati terutamanya di kawasan rehat dan rawat (RNR).

Menerusi laman Instagram (IG) miliknya, Khiriah memuat naik luahan perasaan beserta kapsyen buat tatapan umum.

Menurut Khiriah, sebilangan daripada masyarakat tidak memiliki sikap bertanggungjawab kerana menyerahkan urusan pembersihan kepada tukang cuci yang diupah oleh pengurusan RNR.

"Maaf nak tanya..apa yang korang rasa bila masuk tandas awam lebih-lebih lagi tandas RNR?

"Korang ada rasa tanggungjawab atau takpelah... ada orang tukang cuci. "Aku buang tuala tuttt merata-rata dengan kesan pun takpe," tulisnya dalam nada kesal.

Khiriah menegaskan, jika setiap individu mempunyai rasa tanggungjawab, tiada siapa yang akan sanggup membuang sampahn sesuka hati termasuk tuala wanita.

Pelakon drama bersiri Nur itu berkata, sekalipun tidak mempunyai rasa kasihan pada tukang cuci, sekurang-kurangnya setiap individu harus wujudkan sikap pentingkan kebersihan kerana perkara itu sebahagian daripada iman.

"Mana sivik kita sebagai seorang wanita? Akak tanak kisah bab tandas lelaki sebab tak pernah masuk.

"Korang andai rasa tanggungjawab, kita takkan buang tuala wanita @ pad, pampers bersepah macam tu je dengan t***, darah masih melekat.

"Cleaner bukan hamba kita, mereka cari rezeki. Kalau takde rasa kasihan tapi timbulkanlah rasa kebersihan itu sebahagian dari iman.

"Bagi akak, cleaner, pengutip sampah, itu tahap kerja mereka lagi mulia dari yang dok bersejuk pakai kot, kepit beg celah ketiak, pintu kereta orang bukakan. Maaf andai ada yang tidak setuju," luah Khiriah lagi.

Rata-rata netizen turut memberi komen menyokong tindakan Khiriah bersuara mengenai isu tersebut.







Jangan kita salahkan BANGSA bagi akak tanggungjawab BERSAMA..

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on