awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekeliruan jantina: 'Nur Sajat, dekati Al-Quran dan banyakkan berzikir' - JAKIM

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
16/01/2018
07:13 MYT
Kekeliruan jantina: 'Nur Sajat, dekati Al-Quran dan banyakkan berzikir' - JAKIM
JAKIM berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat bagi meleraikan isu kekeliruan identiti dan jantinanya. - Foto: Instagram/@nursajat02
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat bagi meleraikan isu kekeliruan identiti dan jantinanya.
Hasrat itu disuarakan dalam satu kenyataan terbuka di laman media sosial Facebook milik Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM, Dr Izwan Yusof.
“Saya berhajat untuk berjumpa Nur Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat."
“Kami menjemput Sajat untuk hadir ke JAKIM untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat atau kami sedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana sahaja yang dirasakan selesa. Kami sedia dihubungi 24/7.
Sejujurnya, pihak Jakim sedia membantu dan memberi khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam.
"Sajat, dekati Al-Quran dan banyakkan berzikir kerana ia akan membantu jiwa lebih tenang," nasihat Jakim kepadanya.
Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha menerusi Facebooknya bersetuju hasrat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama Sajat.
“Assalamualaikum, Dr Izwan Yusof, setuju dan aturkan pertemuan dengan Nur Sajat. Kita bantu bukan menghukum."
BACA: "Kalau dulu, tak puas hati boleh santau, sekarang...." - Nur Sajat tak layan 'haters'
Sebelum ini, Nur Sajat yang dipercayai nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 33 tahun, menjadi tular di laman sosial apabila ada yang mendakwa nama sebenarnya adalah sehingga mencetuskan spekulasi mengenai jantina sebenarnya.
Topic Berkaitan
#Dr Izwan Yusof
#Facebook
#JAKIM
#laman sosial
#media sosial
#Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman
#Nur Sajat
#Sajat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan