KOMPOSER yang sedang meningkat naik Sir Khan Danial mendedahkan sebuah band dari Indonesia, Symphony Band telah memplagiat lagu nyanyian Haqiem Rusli "Tergantung Sepi".

Malah, katanya, lagu yang diberi judul baharu "Pergi Saja" itu cuma mengubah lirik sahaja sementara hampir keseluruhan melodi meniru lagu asalnya.

"Ramai sudah mesej saya berkenaan lagu 'Pergi Saja' oleh Symphony Band kejadah apa tak tahu.

"Lagu ini tiru sebiji melodi 'Tergantung Sepi' hampir 100 peratus, berapa 'bars; jangan tanyalah dia langgar habis.

Dakwa Sir Khan menerusi entri terbaharu di Instagram malam tadi, band berkenaan baru ditubuhkan dan saluran YouTube pula dibuka pada 7 Sept.

Saran Sir Khan, pihak pengurusan yang telah menerbitkan lagu "Tergantung Sepi" seharusnya bertindak pantas bagi mengelakkan karya itu diperlekehkan sewenang-wenangnya.

"FMC Music sila ambil tindakan yang sepatutnya di bawah 'copyright infrigement' atau plagiaris.

"Kena tembak sikit mereka ni. Tak habis-habis rembat hasil usaha orang. Kebenaran tak minta. Semua langgar!" tambahnya.

Ramai dh Dm saya berkenaan lagu Pergi Saja by Symphony band kejadah apa tak tahu. Lagu ni tiru sebijik melodi Tergantung Sepi hampir 100% , berapa Bars jgn tnya lah dia langgar abis. Setelah disiasat, band baru ditubuhkan, youtube channel baru buat 7 Sept tahun ni dan sememangnya Mat2 indon ni cari nahas. Thanks kepada yg beritahu pasal ni. @fmcmusic sila ambil tindakan yang sepatutnya under copyright Infrigement, or plagiarism whatsover. Kena tembak skit dorang ni. Tak habis2 rembat hasil usaha orang. Kebenaran tak minta. Semua langgar! DASAR MALING! SETUJU?? #kiwak #bangsasukaclaim #ciplak #fmc #buathal #tergantungsepi

A post shared by SirkhanDanial (@sirkhandanial) on


Lagu "Tergantung Sepi" nyanyian Haqiem dicipta sepenuhnya oleh Gouffran & Ibnu dan pernah memenangi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-32 tahun lalu.

Haqiem pula hanya memberikan tanda emoji tersenyum menerusi ruangan Instastoriesnya mengulang siar kenyataan daripada Sir Khan malam tadi.

Sementara itu, lagu "Pergi Saja" dicipta oleh komposer yang dikenali sebagai Rivi mengisahkan tentang sepasang kekasih yang terpaksa berpisah kerana menderita penyakit berbahaya.

Symphony Band dianggotai oleh lima ahli iaitu Angga Adriansyah (vokal), Jeihan Abdy (bass), Sapta (keyboard), Rivi Andrico (drum) dan Izmi Agung Nugraha (gitar).

Video muzik yang sudahpun dipadamkan itu dilapor telah ditonton lebih 3,000 pengunjung YouTube sejak dimuat naik pada 8 September lalu.