awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Love Yourself: Demi BTS, peminat sanggup belanja RM2,000 sehari

Isabelle Leong
Isabelle Leong
09/01/2019
03:46 MYT
Konsert Love Yourself: Demi BTS, peminat sanggup belanja RM2,000 sehari
Kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, BTS bakal menggegarkan pentas Stadium Nasional Singapura pada 19 Januari! - sportshub.com.sg
TAHUN baharu 2019 sudah hampir memasuki pertengahan bulan Januari.
Dan dalam dunia K-pop, terutamanya kepada ARMY (nama fandom BTS), Januari hanya membawa satu maksud.
Kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, BTS bakal menggegarkan pentas Stadium Nasional Singapura pada 19 Januari!
Walaupun bertempat di negara jiran, peminat BTS dari Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menghadiri konsert jelajah BTS, 'Love Yourself' itu.
Bagi peminat tegar BTS yang berasal dari Negeri Sembilan, Nurul Aina Aqilah Mohd Napis, dia memang sudah menanti-nantikan kedatangan BTS ke Malaysia sejak 2015.
“Kita memang sudah tunggu lama untuk BTS datang ke Malaysia selepas konsert pada 2015.
“Pada konsert jelajah ini, mereka belum umum mereka akan ke Malaysia lagi. Oleh itu, kita ke Singapura kerana ia paling dekat.
“Tetapi Tony Fernandes kata beliau akan bawa BTS ke Malaysia. Oleh itu, saya dan rakan saya beli tiket di Cat 7 dan Cat 8 sahaja.
"Dan apabila BTS betul-betul ke Malaysia nanti, kita simpan duit untuk beli tiket depan pentas supaya BTS dapat lihat kita,” katanya.
View this post on Instagram
With my @bts.bighitofficial bag and a fan of @officialqpr. Yuna is super happy after QPR’s big win. BTS coming soon to @stadiummalaysia_official
A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on
Dec 15, 2018 at 10:36pm PST
Bagaimanapun, Nurul Aina Aqilah mendedahkan bahawa dia dan rakannya membeli tiket melalui ‘ulat tiket’.
“Tiket yang saya beli adalah daripada ‘reseller’. Mereka jual mahal, antara RM700 dan RM800.
"Tetapi, kami memang hendak pergi ke konsert itu, jadi kami rela bayar apa-apa sahaja yang ‘reseller’ caj,” tambahnya.
BACA: Harga tiket RM28,000 sekeping untuk tonton BTS di Singapura
Nurul Aina Aqilah juga sanggup bermalam di restoran makanan segera setelah selesai konsert tersebut supaya tidak perlu mengeluarkan duit untuk menyewa bilik hotel.
Ada juga peminat yang bukan sahaja ke konsert di Singapura, malah tidak ketinggalan untuk menghadiri konsert BTS di Bangkok, Thailand yang bakal berlangsung pada April.
“Saya akan ke konsert di Singapura bersama-sama kawan saya. Ke Thailand pula, saya akan pergi bersama adik saya.
“Sebenarnya, tiket yang dijual di Bangkok itu lebih murah daripada tiket yang dijual untuk konsert di Singapura,” kata seorang pekerja retail, Nuratika Mohamed Noh.
Nuratika yang merancang meluangkan masa sehari sahaja untuk menghadiri konsert di Singapura itu menganggarkan akan membelanjakan sehingga RM2,000.
ARMY Malaysia yang lain pula bagaimana?
Adakah anda sedang membuat ‘countdown’ untuk melihat bias-bias anda secara ‘live’ di Singapura?
Topic Berkaitan
#ARMY
#Bangkok
#BTS
#K-pop
#konsert
#Korea Selatan
#Love Yourself
#peminat
#Singapura
#Thailand
#tiket
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan