awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kuman sudah merebak ke otak" - Chot MLM mohon doakan anak

Gempak
Gempak
21/08/2018
07:00 MYT
"Kuman sudah merebak ke otak" - Chot MLM mohon doakan anak
Menurut Chot, selepas menjalani pembedahan empat hari lalu, anaknya kini dijangkiti kuman dalam tubuh badannya sehingga doktor perlu mengambil air tulang belakang untuk melakukan kajian. - Foto Instagram
BEKAS peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Chot yang juga anggota kumpulan XOXO memohon orang ramai supaya terus mendoakan kesihatan anaknya, Muhammad Sher Harraz Azmeer.
Menurut Chot, selepas menjalani pembedahan empat hari lalu, anaknya kini dijangkiti kuman dalam tubuh badannya sehingga doktor perlu mengambil air tulang belakang untuk melakukan kajian.
"Selepas pembedahan hidung empat hari lalu, anak saya dijangkiti kuman.
“Doktor perlu ambil air tulang belakang untuk mengkaji jenis kuman yang merebak dalam tubuh badannya.
"Tisu ini sangat aktif kerana tumbuh semula selepas pembedahan. Manakala kuman pula sudah merebak ke dalam otak anak saya.
"Kami masih tunggu keputusan doktor sama ada nak ambil air tulang sum sum atau tulang belakang," katanya.
Terdahulu, anaknya yang perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan memerlukan kos sebanyak RM18,000 menerusi sebuah entri di IG.
BACA: Anak peserta Maharaja Lawak Mega 2017, Chot (XOXO) alami penyakit injap jantung terbalik
Dalam entri tersebut Chot turut memberitahu Harraz sebelum itu sudah menjalani pembedahan membetulkan tulang pada bahagian hidung yang menyukarkan pernafasannya.
Chot yang kini bertugas sebagai penyampai di Melaka FM, pernah menganggotai XOXO bersama pelawak Wan dan Wan Gegau.
Bagaimanapun pelawak dan penyampai radio tersebut memohon orang ramai untuk terus mendoakan supaya Harraz semakin kuat. - Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#anak
#Chot
#IG
#Instagram
#kesihatan
#kuman merebak
#Maharaja Lawak
#MLM
#otak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan