JIKA anda pernah mendengar lagu Crush sudah pasti anda kenal dengan pemenang tempat kedua American Idol, David Archuleta.

Sudah pasti David merupakan antara penyanyi yang menjadi kegemaran para gadis pada masa itu bukan kerana suaranya yang lunak malah wajahnya yang tampan juga antara menjadi tarikan.

Agak lama berdiam diri daripada industri seni suara, kali ini David, 28, kembali dengan single terbaharu berjudul Paralyzed.

Sudah tentu kemunculan lagu terbaharu ini membuatkan peminat-peminatnya teruja.

Apatah lagi ada antara peminatnya yang berasakan lagu baharunya ini amat sesuai untuk dijadikan runut bunyi filem atau drama bersiri.

Ini antara reaksi peminat David Archuleta.
Antara reaksi peminat David Archuleta

Sejak dimuat naik, buah tangan terbaharu David telah mendapat 280,000 tontonan dan 23,000 likes di Youtube.