awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi

Astro Awani
Astro Awani
06/10/2015
06:18 MYT
Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi
Filem Lelaki Harapan Dunia terus menerima pengiktirafan apabila memenangi gelaran Filem Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL.
Filem Lelaki Harapan Dunia terus menerima pengiktirafan apabila memenangi gelaran Filem Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015 yang diumumkan pada Ahad lalu.
Selain Filem Terbaik, Lelaki Harapan Dunia turut memenangi kategori Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik untuk Liew Seng Tat, Pelakon Lelaki Terbaik untuk Wan Hanafi Su dan Sinematografi Terbaik (Teoh Gay Hian).
Tidak banyak berbeza dengan keputusan di Festival Filem Malaysia ke 27, gelaran Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Fazura menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.
Persaingan daripada filem Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha tidak mengecewakan apabila Amerul Affendi memenangi gelaran Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Nadiya Nisaa’ pula menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Lelaki Harapan Dunia diterbitkan oleh Sharon Gan, Roshanak Behesht Nadjad, Eric Mabillon, Denis Vaslin, Helge Albers, Dominique Hee, Fleur Knopperts, Michelle Lo, Lucas Rosant dan Shung Yen Wang.
Filem tersebut merupakan harapan negara untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Akademi ke 88 (Oscar).
Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.
Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh.
Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika, dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di "pawagam" Malaysia, termasuk di GSC International Screening.
Topic Berkaitan
#AMPFKL
#filem
#Lelaki Harapan Dunia
#Terbaik Dari Langit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan