SIAPA tidak kenal dengan selebriti terkenal tanah air, Lisa Surihani, bukan? Bagi aktres dan model terkenal itu, dunia pengacaraan bukanlah satu bidang yang asing buatnya.
Namun, pernahkah anda menyaksikan pelakon filem “Istanbul Aku Datang” itu menjadi pembaca berita?
Sebagai seorang artis yang berbakat besar, Lisa, 32, tidak dapat menafikan bahawa beliau tetap gementar ketika pertama kali menjadi pembaca berita bagi pgoram Komuniti AWANI, baru-baru ini.
“Berdebar sebenarnya, ialah sebab kita mahu buat yang terbaik (sebagai penyampai berita). Tetapi seluruh pasukan (Astro AWANI) dekat sini cuba sebaik mungkin untuk buat saya rasa selesa dan banyak membantu saya sebenarnya untuk membaca,” katanya kepada Astro AWANI.
Lisa juga dalam nada berseloroh berkata, beliau bercadang untuk melakukan pembedahan lasik supaya dapat membantu penglihatan menjadi lebih jelas.
Program Komuniti AWANI pada 2 Mei lalu menyaksikan Lisa antaranya menyampaikan berita mengenai kisah kehidupan perit komuniti pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh yang menjadi tapak bagi pelarian dari Rohingya, Myanmar.
Pada 2 hingga 5 April lalu, Lisa yang merupakan duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melawat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh bagi menyelami keperitan hidup kanak-kanak di kem pelarian Rohingya.
Dalam laporan Astro AWANI sebelum ini, Lisa berkata lawatan ke kem tersebut juga bagi menyokong pembelaan hak kanak-kanak yang tiada kerakyatan (stateless).
Kepada peminat Lisa yang mahu menyaksikan pelakon cantik itu menjadi pemyampai berita, boleh tonton video di bawah;
Program Komuniti AWANI yang mula bersiaran pada 8 April lalu pada jam 8.15 malam menyiarkan pelbagai cerita kemanusiaan yang akan mendasari segenap nadi denyut masyarakat di negara ini.
Jadi, jangan lupa temu janji anda di Astro AWANI kerana ramai artis tersohor tanah air bakal menyampaikan berita terus ke rumah anda!
Hasimi Muhamad
Fri May 03 2019
Namun, pernahkah anda menyaksikan pelakon filem "Istanbul Aku Datang" itu menjadi pembaca berita? Gambar Astro AWANI
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Lisa Surihani gementar jadi penyampai berita
Sebagai seorang artis yang berbakat besar, Lisa, 32, tidak dapat menafikan bahawa beliau tetap gementar ketika pertama kali menjadi pembaca berita.