Penyanyi dan penulis lagu Islamik, Maher Zain akan mengeluarkan dua single tahun ini sebagai persediaan pelancaran sebuah album pada 2020.
"Kami sedang mengusahakannya (album baharu)... harapnya dapat dilancarkan tahun depan," kata artis berketurunan Lubnan-Sweden itu pada sidang media 'Maher Zain Malaysia Tour 2019' pada Rabu.
Album terakhir artis yang pernah memenangi anugerah itu, One, dikeluarkan pada 2016.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Islam Kumpulan CIMB Mohamed Rafe Mohamed Haneef.
Penyanyi itu akan memulakan jelajahnya di Malaysia dengan persembahan di Axiata Arena di sini pada 9 Mac, diikuti Stadium Pasir Gudang, Johor (15 Mac), SPICE Arena, Pulau Pinang (16 Mac) dan Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Mac.
Maher berharap peminatnya akan menjadikan konsert jelajah itu satu kejayaan yang tidak dilupakan.
Dilaporkan 35 peratus tiket konsert sudah terjual atau ditempah setakat ini.
BACA: Konsert jelajah Malaysia Maher Zain pada Mac
Sementara itu, Mohamed Rafe yakin konsert jelajah tersebut akan mendapat sambutan hangat memandangkan Maher mempunyai ramai peminat di negara ini.
"Saya percaya Maher bukan sahaja akan menghiburkan peminatnya tetapi turut memberikan persembahan bertaraf dunia," katanya.
TONTON: Maher Zain kembali bertemu peminat dalam konsert siri jelajah sulung
Konsert jelajah itu dibawa oleh CIMB Islamic Bank Berhad dan dianjurkan oleh New Catalysts Resources and MyEvents International dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) serta Sinar Harian sebagai rakan kongsi media rasmi.
Tiket berharga antara RM78 dan RM1,000 boleh dibeli menerusi www.tixmalaysia.com.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 09 2019
Syed Saddiq sempat berswafoto dengan Maher Zain sewaktu sidang media 'Maher Zain Malaysia Tour 2019' pada Rabu. --fotoBERNAMA
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif
FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.
#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.
Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.
Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.
'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.
Lenjan artis kerja 20 jam...?
PTVM ingin menegur sikap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang bagaikan tidak memahami masalah sebenar industri.
Perkeso dan Profima meterai MoU, lindungi penggiat seni di bawah SKSPS
Perkeso hari ini memeterai MoU dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Aizat Amdan umum tarikh perkahwinan, dedikasi lagu buat bakal isteri
Penyanyi Aizat Amdan, 33, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya bernama Elyssa Alia Ilias, 34.
'Maaf, aku tak dapat tolong kerana aku sendiri memerlukan' - Adibah Noor
Allahyarham tidak pernah berkira untuk cuba menghulurkan pertolongan, biarpun sekadar melalui ulang ciap.