awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majalah Rolling Stone angkat album Yuna antara yang terbaik tahun ini

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/06/2016
01:40 MYT
Majalah Rolling Stone angkat album Yuna antara yang terbaik tahun ini
Satu lagi sejarah peribadi dicatatkan Yuna apabila dapat pengiktirafan majalah Rolling Stone.
Penyanyi tempatan yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, menambah satu lagi koleksi pengiktirafan apabila album terbaharunya, Chapters, diiktiraf antara album R&B terbaik setakat tahun ini.
Pengikitrafan itu diberikan oleh pengarang majalah hiburan antarabangsa, Rolling Stones, Mosi Reeves menerusi artikel 'Best R&B Albums of 2016 So Far'.
Dalam ulasan yang diberikan, Rolling Stones menyifatkan album itu berjaya memaparkan Yuna sebagai artis yang memiliki bakat penulisan lirik yang luar biasa.
Yuna katanya, hanya memerlukan satu atau dua lagu popular dalam aliran mainstream, untuk membolehkan dia mencipta nama yang lebih kukuh dalam kalangan peminat muzik.
Yuna, melalui akaun Instagramnya, meluahkan rasa terharu dan penghargaannya atas pengiktirafan itu.
Woke up to this lovely article. #yunachapters made it to the list. Thank you so much @rollingstone this means a lot to me.
A photo posted by Yuna (@yunamusic) on
Jun 24, 2016 at 10:41pm PDT
Senarai 20 yang terbaik itu didahului oleh album Lemonade oleh Beyonce, selain turut menyenaraikan beberapa penyanyi seperti Rihanna, Robert Glasper dan Eric Belinger.
Rolling Stone merupakan antara majalah hiburan dan pop culture paling popular, dan diterbitkan bukan sahaja di Amerika Syarikat, tetapi juga di sekurang-kurangnya 20 buah negara.
BACA: Yuna jawab isu berhijab, akui tidak suka Donald Trump
BACA: Muzik Video Yuna “CRUSH” feat Usher Akhirnya Dilancarkan Di YouTube
Topic Berkaitan
#Chapters
#hiburan
#Rolling Stone
#Yuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan