NAMPAKNYA selepas Westlife mengumumkan dua tarikh untuk konsert mereka di Kuala Lumpur Ogos ini, ramai yang sudah tidak sabar menantikan detik penjualan tiket dibuka.

Menerusi laman sosial, penganjur konsert, MacPie Pro memaklumkan tiket akan mula dijual hujung minggu hadapan, iaitu 13 dan 14 April ini.

Pre-sale akan bermula jam 11 pagi, 13 April di Atria Shopping Gallery, manakala jualan tiket atas talian akan bermula jam 12 tengah hari 14 April di laman web dan aplikasi Macpie Pro.

Harga tiket bermula dari RM273 sehingga RM693.


Westlife akan mengadakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam pada 8 dan 9 Ogos ini sebagai sebahagian daripada konsert jelajah The Twenty Tour.

Selain Malaysia, kumpulan yang kini dianggotai Shane Filan, Mark Feehily, Nicky Bryne dan Kian Egan itu akan turut singgah di Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.