PENYANYI dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia sudah menyimpan hasrat untuk bersanding semula dengan isterinya, Datin Azrene Ahmad semenjak tahun lalu.

"Sejujurnya, memang saya letakkan 'target' nak bersanding semula tahun lalu. Tetapi ia tidak menjadi kenyatan kerana ketika itu, isteri saya melahirkan anak keempat kami pada Oktober tahun lalu.

"Bapa saya juga baru setahun meninggal dunia ketika itu, jadi saya dan isteri tangguhkan dahulu hasrat kami. Insya-Allah, impian untuk bersanding semula akan tercapai tahun ini memandangkan anak bongsu kami, Alayna Selma sudah mencecah usia setahun.

"Tahun ini merupakan masa terbaik untuk kami raikan perkahwinan kami dengan cara sederhana, untuk menjamu keluarga dan rakan-rakan," kata Fazley.

Mendirikan rumah tangga pada 2007, Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.

Fazley ditemui di majlis pelancaran restoran Mamanda Kuala Lumpur di Tournament Players Club (TPC), Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PART 1: Alhamdulilah restaurant jenama kedua saya @mamandakualalumpur telah pun di lancarkan semalam, kali ini saya hadirkan makanan berkonsep melayu nusantara, di siapkan di dalam dulang tembaga seperti zaman Kesultanan Melayu dahulu. Yang penting makan ramai2, siapa suka nasi Ambeng atau nasi Tumpeng? .