SETIAP masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri biarlah diselesaikan oleh mereka sendiri dan jika ada pihak lain campur tangan, maka perhubungan itu akan menjadi ‘lain’.

Itu merupakan antara luahan isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim, menerusi akaun Instagramnya pada Sabtu, susulan berita mengenai keadaan rumah tangga mereka yang menjadi persoalan umum, khususnya peminat mereka.

Jelas Mawar, komunikasi antara suami isteri sangat penting dan apabila perkara itu kurang dilakukan, perkara kecil boleh menjadi besar.

“Hanya saya dan Fizo saja tahu, rasa apa yang kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa-apa spekulasi mengenai rumah tangga kami,” ujarnya yang mengakui tidak pernah menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan terutama kisah peribadinya.

BACA: Saya mohon maaf, doakan yang terbaik buat saya dan Mawar - Fizo Omar

Tambahnya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan sekarang dia perlu bermuhasabah dengan mendekatkan diri kepada Allah.

“Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya. Kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.

“Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah, didik sebaik mungkin, hargailah setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita juga akan berubah jika Allah memberi amanah rezeki ‘anak’ untuk kita.

“Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang-kadang terlepas pandang banyak perkara sebelum ini,” terang Mawar yang berjanji bahawa dia dan Fizo sentiasa memberikan yang terbaik buat anak mereka, Maryam.

Tambah Mawar lagi: "Mungkin ini ujian berat untuk saya dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan, jodoh, ajal, maut semua di tangan Tuhan.

Pertama kali sy ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak terguris hati. Sebelum ini sy tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk sy meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi sy. Banyak pihak sy perlu jaga juga berhati2.Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk sy cerita. . Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah ,sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya .kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna. . Di sini bg sy sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar. Hanya saya & fizo saja tahu,rasa apa yg kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa2 spekulasi mengenai rumah tangga kami. . Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita. Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah sy dan fizo sentiasa memberi kan yg terbaik buat Maryam. . Benar,semua mengimpikan kebahagian,mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan,impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Semua pasangan sebaiknya nk pertahankan perkahwinan masing2. Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan,Jodoh,ajal,maut semua di tangan Tuhan. Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy,fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on