Tutup

'Patutlah kualiti pelakon semakin jahanam' - Sharifah Amani

'Patutlah kualiti pelakon semakin jahanam' - Sharifah Amani
Kata Amani, persepsi sedemikian menjadi punca kualiti pelakon semakin merudum. - Gambar fail
PELAKON Sharifah Amani meluahkan rasa kesal terhadap stigma pemilihan produser untuk memilih pelakon masa kini.

Kata Amani, persepsi sedemikian menjadi punca kualiti pelakon semakin merudum.

“Jangan buang masa kalau tiada rupa!' - What the flying monkey?!?!! 

"Dengan mentality macam nie patutlah quality “pelakon” semakin jahanam. 
"Hasil kerja pun makin tahpape, discipline koyak. *TepukDahiBertubiTubi*," tulisnya Pelakon Wanita Terbaik FFM19 itu menerusi akaun Twitter.

Kenyataan itu disokong oleh penyanyi berbakat besar, Adibah Noor.
"Teringat pada salah satu screening "mencari rahmat". Seorang aktivis cakap dia rasa pelik mengapa Nam Ron dan Amirul Effendi (yang tak berwajah orang kaya) dipilih bawa watak orang kaya.

"Walhal.. segala wardrobe, penghayatan dan dua-dua pula aktor yang cukup hebat. #TheStigmaIsReal," tulisnya.

Semalam seorang penerbit drama popular menyatakan pandangan berhubung peserta yang hadir pada sebuah sesi ujibakat pencarian pelakon baru.

BACA: Ogy melenting, anggap kenyataan A Aida biadab

Katanya, pakej menarik menjadi daya penarik untuk produser memilih seseorang individu itu menjadi pelakon.

Seandainya seseorang itu punyai bakat namun tiada rupa, penerbit terbabit mencadangkan untuk mencuba program pencarian bakat lain yang tidak mementingkan wajah untuk popular.




Tag: kualiti pelakon semakin merudum, Jangan buang masa kalau tiada rupa, Sharifah Amani, sesi ujibakat pencarian pelakon baru



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.