Peminat rindu Nazrey, mungkinkah Raihan kembali berempat?

Peminat rindu Nazrey, mungkinkah Raihan kembali berempat?
Cadangan kembali bersama Raihan disambut baik Nazrey, namun ia bergantung kepada persetujuan ahli Raihan yang lain.
POPULARITI yang diraih lagu Sesungguhnya 2019 nyanyian Raihan dan Aliff Satar mengundang kerinduan peminat terhadap salah seorang anggota asal kumpulan itu, Nazrey Johani.

Biarpun Aliff berjaya menyampaikan lagu itu dengan baik, namun bagi peminat, tiada yang mampu menyamai kelunakan dan kemerduan suara Nazrey.

Ramai mencadangkan agar Raihan dan Nazrey bersatu untuk mengembalikan semula kegemilangan irama nasyid.
BACA: Masyarakat luar lebih hargai Raihan? Ini penjelasan mereka selepas didakwa terasa hati

BACA: Meremang bulu roma dengar nyanyian Alif Satar, Raihan





Cadangan itu disambut baik Nazrey, namun ia bergantung kepada persetujuan ahli Raihan yang lain.

"Kena tanya anggota Raihan, saya tiada masalah," tulis Nazrey menjawab soalan seorang pengguna Facebook, Fatin Nasyrah Zulkifli.

Nazrey menjawab soalan peminat yang mencadangkan dia kembali bersama Raihan.

Raihan yang mula aktif sekitar tahun 1996, mencipta sejarah tersendiri apabila album Puji-Pujian muncul album terlaris di Malaysia dengan jualan melebihi 1 juta unit, selain pernah membuat persembahan dan konsert di serata dunia termasuk Royal Albert Hall, London.

Kumpulan itu asalnya dianggotai Nazrey, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim dan Allahyarham Azhari Ahmad.

Bagaimanapun, Nazrey mengundur diri daripada Raihan pada 2006.

Tag: Raihan, nasyid, kumpulan, Sesungguhnya, Aliff Satar, Nazrey Raihan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.