awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
Sony dijangka mula jual kereta elektrik Afeela tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjelasan maksud 'bahenol' dianggap isu sentimen, PU Azman mohon maaf

Gempak
Gempak
13/02/2019
04:39 MYT
Penjelasan maksud 'bahenol' dianggap isu sentimen, PU Azman mohon maaf
PU Azman menjelaskan isu tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya. - Astro GEMPAK
PENDAKWAH bebas dan Pencetus Ummah (PU) Azman memohon maaf jika ada warga Indonesia yang terasa atau menganggap maksud bahenol yang dijelaskan sebelum ini sebagai menyentuh isu sentimen.
Menurut PU Azman, dia akui bahenol juga mempunyai maksud positif iaitu bersemangat dan bertubuh gempal.
“Saya mohon maaf kerana kurang teliti dengan maksud Bahenol kerana ia juga membawa maksud positif seperti bersemangat dan bertubuh gempal.
“Jadi saya mohon maaf jika teman dari Indonesia terasa dan menganggap ia sebagai isu sentimen.
“Kesimpulannya sesuatu perkataan itu ia akan membawa maksud berlainan bergantung pada sesebuah ayat dan sesuatu bangsa,” jelasnya.
PU Azman menjelaskan isu tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, PU Azman mendedahkan Bahenol dalam lagu siri animasi kanak-kanak dari Indonesia, Si Nopal yang cukup popular dalam kalangan netizen di negara ini membawa maksud yang tidak baik.
BACA: Fenomena Si Nopal: 'Bahenol' bawa maksud lucah?
Si Nopal merupakan animasi yang dimuat naik ke laman web Ciayo Comics sejak Mei 2017.
Ia mula mendapat perhatian di negara ini selepas penyanyi, Wany Hasrita menyanyikan lagu 'Berkemah Bersama Si Nopal', atas permintaan peminat di Instagram.
View this post on Instagram
Berkhemah. Tukang Edit @ameershah48
A post shared by pu azman (@pu_azman) on
Feb 12, 2019 at 7:46am PST
Topic Berkaitan
#bahenol
#Indonesia
#Instagram
#lucah
#maksud positif
#pendakwah
#PU Azman
#semangat
#sentimen
#Si Nopal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan