Musim kelapan dan terakhir siri diminati ramai, Game of Thrones akan ditayangkan bermula 15 April ini jam 9 pagi, iaitu tarikh dan waktu yang sama ia akan ditayangkan di Amerika Syarikat.

Drama aksi fantasi ini boleh ditonton secara eksklusif di HBO saluran 411 dan 431 (HD). Siri ini juga boleh ditonton HBO on Demand.

Rangkaian HBO mengumumkan khabar yang dinanti-nanti itu seiring siaran trailer di atas talian berjudul Crypts of Winterfell (#ForTheThrone).

Teaser berkenaan diarahkan oleh David Nutter yang pernah memenangi Anugerah Emmy pada tahun 2015 untuk hasil kerjanya pada musim ke lima ‘Mother’s Mercy’,termasuk skor asal oleh Ramin Djawadi, yang memenangi Emmy pada 2018 untuk skornya di musim tujuh siri itu, "The Dragon and the Wolf."

BACA: Musim terakhir 'Game of Thrones' bakal bersiaran April 2019

Peminat-peminat siri ini boleh menonton semua musim lalu Game of Thrones setiap hari bermula 26 Februari di HBO (Astro Ch 411/431 HD).