A. Rahman Hassan kritikal, kini bergantung pada bantuan pernafasan

A. Rahman Hassan kritikal, kini bergantung pada bantuan pernafasan
Foto A Rahman Hasan bersama isterinya, Datin Fadilah Mansor. - Gambar Instagram Fadilah Mansor
SENIMAN veteran, Datuk A. Rahman Hassan berada dalam keadaan kritikal dan kini bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Menurut anak penyanyi itu, Khir Rahman, bapanya kini ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor

Khir berkata, bapanya kini bergantung pada mesin bantuan pernafasan selain ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.
"Beliau (A. Rahman) kini hanya disokong oleh mesin pernafasan dan ubat-ubatan yang diperlukan untuk bertahan. Tidaklah pasti selama mana," kata Khir dalam kenyataan yang diedarkan kepada media pada Rabu.

Sehubungan itu, Khir mewakili keluarganya memberi kebenaran bagi mana-mana kenalan untuk menziarahi ayahnya.

"Semoga perjalanan Abah dipermudahkan. Aamiin ya rabbal alamin," ujar Khir lagi.

Pada Selasa, A. Rahman dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri.

Sebelum itu, pada 1 Jun lalu, penghibur veteran itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 3.30 pagi akibat masalah jantung.

BACA: Pitam di stesen minyak, Khir Rahman mohon doakan A Rahman Hassan yang kini di ICU

Tag: A Rahman Hassan kritikal, bergantung pada bantuan pernafasan, seniman veteran, Datuk A Rahman Hassan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.