Pelakon terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh bersetuju menerima lamaran kerjasama dengan syarikat produksi SK Global Entertainment.

Kontrak yang ditandatangani pada Rabu, bakal menjadikan Michelle sebagai wajah eksklusif dalam karya akan datang syarikat tersebut.

Kontrak melibatkan penyediaan peluang berlakon, mengarah dan menerbit untuk Michelle, di bawah label antarabangsa dan domestik syarikat produksi berkenaan, iaitu Ivanhoe Pictures dan Sidney Kimmel Entertainment.

BACA: 'Crazy Rich Asians' manfaatkan pelbagai lokasi menarik di Malaysia

BACA: Henry Golding beritahu Hollywood, P Ramlee setaraf Frank Sinatra, Charlie Chaplin

Dalam temu bual bersama media antarabangsa, Michelle menzahirkan rasa teruja untuk meneruskan kolaborasi dengan SK Global, untuk menghasilkan karya yang mengangkat budaya.

Pelakon terkenal, Michele Yeoh menandatangani kontrak dengan SK Global Entertainment pada Rabu, sebagai wajah eksklusif dalam karya akan datang syarikat tersebut.

Beliau sebelum ini bekerjasama dengan syarikat itu dalam filem Crazy Rich Asians.

Presiden Sk Global, John Penotti pula menyifatkan Michelle merupakan pelakon versatil, dan memiliki banyak keserasiaan yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan lebih banyak karya untuk dikongsikan kepada penonton.