PELAKON jelita Uqasha Senrose menafikan dakwaan dirinya berada dalam keadaan khayal semasa ditahan pihak polis pada tengahari semalam.

Pelakon drama 'Tundukkan Playboy Itu' turut disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5.

"Saya tidak 'lalok' langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif," katanya memetik laporan Harian Metro.

Uqasha yang juga kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya.

"Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini," katanya.

BACA: Nelydia Senrose jadi mangsa?

Sementara itu, menurut laporan Utusan Online, Uqasha kini kembali ke set penggambaran drama 'Rahsia Hati Perempuan' arahan Michael Ang.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi semalam.

Sumber: Harian Metro
Foto: @uqashasenrose2