Tutup

"Tidak masuk akal..." - Neelofa nafi punca 'keretakan' Nabila dan Sharnaaz

"Tidak masuk akal..." - Neelofa nafi punca 'keretakan' Nabila dan Sharnaaz
Neelofa (tengah) terheret sama dalam spekulasi netizen terbabit gara-gara meninggalkan komen ringkas di status Instagram kakaknya,Nabila Mohd Noor (kiri) yang dilihat seperti membalas kenyataan Sharnaaz Ahmad - Gambar Instagram Neelofa
KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah pengumuman pengunduran dirinya bersama Nabil Ahmad daripada pencalonan Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) pada Selasa, pengacara dan usahawan Neelofa Mohd Noor, 30, turut menjadi tumpuan media yang hadir bertanyakan status rumahtangga kakaknya, Nabila Mohd Noor, 35, dan pelakon Sharnaaz Ahmad, 33.

Neelofa turut terheret sama dalam spekulasi netizen yang mendakwa rumahtangga kedua-dua mereka itu kini sedang 'retak'.
Semuanya gara-gara tindakan Neelofa yang meninggalkan komen ringkas di status Instagram kakaknya itu.

Ia susulan reaksi 'ya' oleh Neelofa terhadap satu muat naik luahan hati Nabila sebelum ini yang yang dilihat seperti membalas kenyataan Sharnaaz.
Muat naik itu kemudiannya telah diturunkan.

"Semua tuduhan itu tidak masuk akal, saya sayang kakak dan anak buah saya," katanya selepas sidang media memperkenalkan calon Top 5 AME2019 pada Selasa.

BACA: 'Makcik nak salam, tapi dia terus peluk...' - Peminat aminkan doa Neelofa lekas bertemu jodoh

BACA: Neelofa,Nabil tarik diri pencalonan Top 5 AME2019

BACA: AME2019 kembali menggegarkan, undian Top 5 bermula!

Tambahnya, netizen tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya dan mereka seharusnya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz juga dikatakan tidak lagi saling mengikuti muat naik antara satu sama lain di media sosial, seperti memberi petanda bahawa hubungannya dan Sharnaz seperti sedang goyah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata berusia lapan bulan, Jebat Jayden.


Tag: Neelofa, Sharnaaz Ahmad, Nabila Mohd Nor, AME2019, Meletop, rumahtangga retak, netizen



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.