Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tunjuk alat sulit dan bertengkar, Aliff Aziz buat hal lagi

Tunjuk alat sulit dan bertengkar, Aliff Aziz buat hal lagi
Aliff Aziz turut mengeluarkan alat sulitnya dalam pertengakaran yang dipercayai berlaku di Singapura baru-baru ini.
PENYANYI dan pelakon terkenal, Aliff Aziz sepertinya tidak 'serik' dengan kontroversi.

Terbaharu, aksinya kelihatan seperti sedang 'bertengkar' dan melakukan provokasi terhadap beberapa lelaki lain dirakam dan disebarkan di laman sosial.

Artis kontroversi itu dipercayai berbuat demikan di negara kelahirannya di Singapura baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, bekas suami artis terkenal, Bella Astilah itu mengeluarkan kata-kata kesat dan seakan mahu mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada orang ramai.
Dipercayai seorang rakannya cuba menenangkan artis berkenaan, namun tidak berjaya dan Aliff dilihat begitu 'agresif'.

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan atau maklumat lanjut diberikan dalam video yang mula tular itu.
rakaman, alif, gaduh


Aliff dan kontroversi bukan lagi asing sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namanya pernah menjadi sorotan media Malaysia dan Singapura apabila dilaporkan menduakan isterinya dengan dakwaan menjalin hubungan cinta dengan beberapa pelakon wanita lain.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu bercerai pada 16 Mei 2019.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Ayden.

Pada September tahun lalu, dia didakwa di mahkamah Singapura pada Selasa atas tuduhan mencuri.

Artis kontroversi itu didakwa mencuri wang sebanyak S$300 (RM909) dan Rupiah 1 juta (RM296) pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri.

Aliff didakwa melakukan perkara itu di sebuah bilik di Studio M Hotel, 3 Nanson Road, Singapura antara pukul 12 tengah malam dengan 3 pagi pada 7 Jun lalu.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz turut menghadapi tuduhan mencuri sekotak rokok dan pemetik api bernilai S$15.60 (RM47.29) milik Gurwinder Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura.

BACA: Penyanyi Aliff Aziz didakwa di mahkamah Singapura


Pada 10 November lalu pula, Aliff didakwa melakukan perlakuan tidak senonoh dengan menjerit dan menunjukkan isyarat tidak senonoh di tempat awam.

Selain itu, terdapat juga sebuah video menunjukkan Alif bertengkar dalam keadaan mabuk di Orchard Road, Singapura.


Tag: Aliff Aziz, Aliff Aziz buat hal lagi, tunjuk alat sulit, Bella Astilah, Singapura, media sosial, Orchard Road, Starbucks



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.