Sinonim dengan nama Usop Wilcha, Syed Mohamad Asri mengakui sukar untuk meninggalkan bayangan watak itu.

Populariti bersama filem Hantu Kak Limah Balik Rumah bagaimanapun berharap filem terbarunya dapat mengubah persepsi peminat.

Filem Kahwin 5 menampilkan Syed Sebagai Dr K, seorang usahawan mata kerajang.

Dia mengakui menolak tawaran itu pada mulanya, namun terpaksa megalah atas pujukan penerbit, Norman Abdul Halim.

Pada usia 47-tahun, ini merupakan kali pertama dia diberi peluang untuk memegang peranan utama.

Baginya, ini satu penghormatan kerana lazimnya, filem di Malaysia menampilkan pelakon-pelakon muda untuk peranan penting.

Kahwin 5 yang turut dibintangi Fizz Fairuz, Soffi Jikan, Dian P.Ramlee dan Norish Karman akan menemui penonton mulai 27 Disember ini.