awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2019
14:38 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 17 Oktober 2019.
1) Dewan Rakyat tak cukup korum, perbahasan terhenti seminit
Timbalan Speaker Nga Kor Ming terpaksa mengarahkan loceng Dewan Rakyat dibunyikan selama seminit ekoran jumlah Ahli Parlimen tidak mencukupi sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2020 pada Khamis.
2) KAFA lantik Mohamad Sabu sebagai penasihat
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melantik Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, sebagai penasihat persatuan itu berkuat kuasa Rabu.
3) Rogol, rakam gambar bogel anak tiri, nelayan dijatuhi hukuman penjara 202 tahun
Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara 202 tahun dengan 23 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis terhadap 22 pertuduhan merogol, mencabul dan merakam gambar bogel anak tirinya yang berusia 15 tahun, sejak April 2016.
4) Van bawa tujuh murid sekolah terbalik
Tujuh murid sekolah dan seorang pemandu van nyaris maut apabila van yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta di Jalan Kuala Ketil-Sungai Petani petang Khamis.
5) Melayu paling ramai bankrap di negara ini
Kaum Melayu mencatatkan kes kebankrapan tertinggi antara tempoh 2015 hingga 2019, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.
6) Ramasamy dipanggil Bukit Aman Isnin ini
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy akan memberi keterangan kepada polis berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya.
7) PKNS sahkan kakitangan maut nahas bas Turki
Rakyat Malaysia yang terkorban dalam kemalangan bas ekspres di Turki pada Rabu disahkan sebagai kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
8) Bas bertembung dengan kenderaan berat, 35 maut
Sekurang-kurangnya 35 mangsa terkorban apabila sebuah bas tempahan khas bertembung dengan kenderaan muatan berat dalam satu kemalangan jalan raya di Madinah di Arab Saudi, pada Rabu.
9) 'Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal' tersenarai untuk saingan ke Anugerah Oscar 2020
Filem animasi terbitan Les Copaque Production, Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal jadi bualan hangat di media sosial selepas tersenarai sebagai calon Filem Animasi terbaik Anugerah Oscar 2020.
10) Bella Hadid wanita tercantik dunia - Kajian
Supermodel terkenal Bella Hadid dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, menurut kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#berita antarabangsa
#berita dalam negara
#berita luar negara
#berita pilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan