MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi perhatian sepanjang hari ini, Ahad, 15 Disember 2019.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati rakyat Malaysia supaya membaca akhbar setiap hari bagi memelihara minda agar sentiasa aktif.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.
Imunisasi tambahan akan diberikan kepada semua kanak-kanak berumur bawah lima tahun di Sabah secara berperingkat bagi mengelakkan penularan virus polio.
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan mencabul dan mengaibkan rakan sekerjanya.
Benda panjang yang disangka tali di bawah katil rupanya seekor ular tedung selar.
Jika sebelum ini anda mungkin mendapati pengalaman beriadah di Taman Tasik Titiwangsa, tidak begitu menyeronokan disebabkan fasilitinya yang kurang memuaskan.
Dapat panggilan haiwan berbisa, tetapi sebaik tiba hanya seekor lalat.
Penyanyi terkenal, Nora berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pakar perubatan pada jenazah anaknya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan tidak menemui sebarang petunjuk yang pelik.
Kehilangan dua orang tercinta dalam selang masa dua tahun bukan sesuatu yang mudah untuk diterima sesiapa sahaja.
Perlawanan Arsenal menentang Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris malam ini tidak akan disiarkan secara langsung oleh siaran rasmi kerajaan China, CCTV.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami