awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendidikan baik lahirkan insan cemerlang akademik, berakhlak - PM Anwar
Letupan di Universiti HELP: Polis siasat pelbagai sudut termasuk kecuaian
Ibu hadapi tuduhan abai anak, teman lelaki didakwa cederakan mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2019
15:40 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Sabtu, 28 Disember 2019.
1) KDN ambil langkah proaktif selesai isu permohonan kewarganegaraan - Muhyiddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah proaktif untuk merungkai permasalahan melibatkan permohonan kewarganegaraan khususnya kes kanak-kanak tanpa dokumen di negara ini.
2) Pelancong China, India dikecuali visa mulai 1 Januari
Pelancong dari China dan India diberikan pengecualian visa untuk masuk ke negara ini berkuatkuasa 1 Januari ini.
3) Polis buru dua lelaki rompak pereka grafik dan rakan di kedai dobi
Polis memburu dua lelaki yang terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai dobi di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, awal pagi Jumaat.
4) Isteri buta sarat mengandung mati didera suami
Penderitaan seorang wanita di Jawa Timur, Indonesia yang menjadi mangsa dera suami sendiri sejak 10 tahun lalu akhirnya menemui titik noktah.
5) Tiada kes polio di Sandakan seperti ditular
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan kes berkenaan.
6) GRO warga asing dicekup dalam serbuan kelab malam VIP
Sejumlah 38 pelayan pelanggan atau GRO warga asing dicekup polis selepas kelab mewah yang menjadi lubuk haram itu diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur malam tadi.
7) 17 persatuan Cina tidak puas hati tindakan polis
Sebanyak 17 persatuan Cina termasuk Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis memohon perintah larangan daripada mahkamah terhadap Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu.
8) Pemansuhan BIPK: Kalau perlu potong elaun menteri, tak ada masalah - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tidak menjadi masalah sekiranya elaun menteri dan ahli politik dipotong sebagai usaha membantu kerajaan berhadapan dengan cabaran ekonomi.
9) Serangan bom Somalia: Angka maut meningkat kepada 90
Memetik laporan media antarabangsa, Datuk Bandar Mogadishu, Mohamud Mohamed berkata kebanyakkan mangsa yang maut adalah pelajar.
10) Beruang koala kehausan kejar penunggang basikal demi sedikit air
Terbaharu, tular di media sosial seekor koala terpaksa mengejar manusia untuk mendapatkan air kerana kehausan.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#berita antarabangsa
#berita dalam negara
#berita luar negara
#berita pilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan