MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai pilihan berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 11 Januari 2020.
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mendakwa golongan belia kecewa selepas memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya lalu.
Proton Perdana kini tidak lagi dijual dalam pasaran, sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa memilih kereta jenis lain, sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri.
Gara-gara tersalah masuk 'gear' kenderaan seorang warga emas secara tidak sengaja merempuh masuk ke sebuah premis makanan di Jalan Prima Setapak 3, ibu negara, pada Sabtu.
Hanya kerana menegur seorang pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen ke sekolah, seorang guru lelaki telah ditumbuk dan dihempas pelajar berkenaan ke lantai.
Seorang penjual ikan diberkas di Pasar Lahad Datu, pada pagi Sabtu selepas disyaki menyentuh kemaluan seorang wanita yang sedang memilih ketam.
Enam pelanggan sebuah bank di Sungai Bakap, Nibong Tebal mengalami pening, muntah dan sesak nafas selepas terhidu semburan racun serangga dalam kejadian di premis tersebut pada Sabtu.
Seramai 1,609 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah selepas pihak polis berjaya menggempur 247 sarang penagihan dadah di seluruh negara.
Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen secara rasmi telah memenangi pemilihan semula dalam pilihan raya Taiwan yang diadakan pada Sabtu.
Presiden Iran, Hassan Rouhani hari ini memohon maaf dan melahirkan rasa kesal beliau terhadap tragedi menembak jatuh pesawat penumpang Ukraine yang meragut 176 nyawa pada Rabu lalu.
Rumah tangga penyanyi, Jaclyn Victor dan vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ yet, Shawn Rivera yang terbina sejak lima tahun lalu dikhabarkan berakhir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami