awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hari pertama persekolahan SJKC Ladang Regent Elmina meriah, AI jadi tarikan utama
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2020
15:07 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 14 Januari 2020.
1) Kereta mewah terbakar di hadapan Pavilion
Orang ramai yang berada di sekitar kawasan komersial Bukit Bintang di ibu negara gempar apabila sebuah kenderaan mewah rentung dijilat api di hadapan pusat beli-belah Pavilion.
2) Anwar jawab isu pengunduran Tun Mahathir
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya bahawa pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri perlu dilakukan mengikut cara yang betul.
3) Bekas JKKK didakwa pecah amanah duit sumbangan bina surau
Zulkifle Othman, 58, yang juga bekas Ketua Kampung Lambak, Cabang Lima dan Lubuk Salak tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan
4) Kalau Majlis Presiden PH nak saya pergi, saya akan pergi - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menegaskan, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
5) Tutup kes! Bukti kes serangan seksual ahli politik ternama tidak cukup - AGC
Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa seorang ahli politik yang dinamakan dalam satu kes serangan seksual, atas alasan, tidak mempunyai bukti yang mencukupi.
6) 15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.
7) Pembekal swasta kehabisan stok vaksin, 100,000 dos ditambah bulan ini - KKM
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan perkara itu berlaku disebabkan peningkatan pola permintaan terhadap vaksin tersebut.
8) Letusan gunung berapi, pelajar Malaysia dipindah ke Manila
Seramai 19 pelajar Malaysia yang menuntut di Adventist University of the Philippines (AUP) di wilayah Batangas dipindahkan ke Manila susulan letusan gunung berapi Taal.
9) Bakal jururawat berhati mulia, bantu warga emas kencing dalam seluar, basuh tandas awam
Ia mengenai keluhuran pekerti seorang bakal jururawat yang membantu seorang warga emas yang juga orang kurang upaya.
10) Putera Harry, Meghan tidak mahu guna duit rakyat, bakal jana pendapatan sendiri
Pasangan itu dikhabarkan bakal menjana pendapatan dan mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membiayai kos keselamatan mereka, sebaik sahaja keputusan untuk keluar daripada barisan keluarga diraja British dimuktamadkan.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#berita antarabangsa
#berita Malaysia
#berita pilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan