awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 kawasan bahaya di Bangkok, Duta Malaysia keluarkan amaran perjalanan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/08/2015
10:24 MYT
10 kawasan bahaya di Bangkok, Duta Malaysia keluarkan amaran perjalanan
Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain berkata adalah tidak sesuai untuk mengadakan sebarang aktiviti, melancong atau bercuti di Bangkok pada masa ini. - Gambar Fail
Kedutaan Malaysia di Thailand hari ini mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk ke Bangkok.
Amaran perjalanan itu dikeluarkan pihak kedutaan lanjutan daripada pengumuman tentera Thailand berhubung 10 kawasan berbahaya atau hotspots di Bangkok pada Rabu.
Bagaimanapun, Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain berkata adalah tidak sesuai untuk mengadakan sebarang aktiviti, melancong atau bercuti di Bangkok pada masa ini.
"Kalau boleh elakkan diri daripada berada di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan bahaya. Ini bukan kami yang tentukan, tetapi kerajaan Thailand yang memaklumkan kepada kami (kedutaan).
"Mungkin saya nak tekankan, kalau betul nak bercuti atau melancong, masa ini bukanlah masa yang paling sesuai," kata Nazirah ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Jasad kelima warga Malaysia dijumpai
BACA: "Saya hilang segala-galanya" - mangsa bom Bangkok
BACA: Senarai Serangan Bom Pengganas Dalam Tempoh Dua Tahun
10 kawasan bahaya yang dikeluarkan pihak tentera Thailand adalah di Persimpangan Ratchaprasong, Persimpangan Pathumwan, Jalan Silom, Jalan Khao Shan, Persimpangan Narathiwas, Monumen Victory, Persimpangan Bangunan Duk Chai, Taman Benjasiri, Soi Thonglor dan Jalan Sukhumvit.
Beliau menambah, jika terdapat perkara penting yang telah dirancang seperti seminar atau persidangan, pihaknya tiada hak untuk mengeluarkan arahan larangan.
"Kita tahu, kalau ada mesyuarat penting, seminar yang telah dirancang, itu menjadi tanggungjawab penganjur untuk menjaga keselamatan semasa program diadakan," jelas Nazirah.
Mengulas berkenaan tahap kawalan keselamatan pada masa ini, Nazirah berkata pihak berkuasa Thailand telah meningkatkan kawalan keselamatan menerusi rondaan berkala serta penambahan anggota keselamatan di kawasan yang disenaraikan berbahaya.
Justeru, Nazirah mahu rakyat Malaysia yang telah merancang ke Bangkok supaya membuat pendaftaran menerusi laman web rasmi Kedutaan Malaysia di Thailand bagi memudahkan urusan pihak kedutaan jika terdapat sebarang kecemasan berlaku.
Letupan pada Isnin lalu di Kuil Erawan, dekat persimpangan Ratchaprasong telah meragut 20 nyawa, lima daripadanya warga Malaysia dan lebih 100 cedera.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Datuk Nazirah Hussain
#letupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan