awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 mayat nahas bas ditempatkan di Maharaj Nakorn Chiang Mai Hospital

Bernama
Bernama
21/12/2015
08:53 MYT
13 mayat nahas bas ditempatkan di Maharaj Nakorn Chiang Mai Hospital
Bas yang membawa 22 warganegara Malaysia terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap. - Foto Astrro AWANI
Mayat 13 rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan bas di Chiang Mai pada Ahad, ditempatkan di Maharaj Nakorn Chiang Mai Hospital di Chiang Mai, Thailand.
Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin berkata sembilan rakyat Malaysia yang cedera pula dirawat di pelbagai hospital termasuk Bangkok Hospital di Chiang Mai.
"Seorang daripada mereka yang cedera parah telah menjalani pembedahan. Identitinya akan dimaklumkan kemudian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut laporan berita antarabangsa, bas yang membawa 22 warganegara Malaysia terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai.
BACA: 15 waris mangsa kemalangan bas Thailand dibawa ke Chiang Mai
Nazirah berkata waris telah pun dimaklumkan mengenai lokasi mangsa dan mereka kini sedang dalam perjalanan ke Chiang Mai.
Beliau turut mengeluarkan senarai penuh nama rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan itu:
TERKORBAN:
1. Tan Thin Thin 2. Tan Sui Heng 3. Ker Bong Ngwang 4. Low Chee Lan 5. Ong Chai Hong 6. Ong Pek Ming 7. Chua Ah Kim 8. Lum See Seng 9. Ong Chui Hoe 10. Ker ah Hwe 11. Teng Hian Min 12. Wong Yoke Ying 13. Png Ee Ting
CEDERA:
1. Taan Yong Soon 2. Ker Shin Hui 3. Ong Pek Ming 4. Ng Too Hiyok 5. Lum Jia Miem 6. Lim Ah Gek 7. Lee Siew Kim 8. Ted Tien Chor 9. Lim Guat Huay
Topic Berkaitan
#antarabangsa
#Chiang Mai
#kemalangan
#Maharaj Nakorn Chiang Mai Hospital
#mangsa
#Pembedahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan