Lima belas pengawai imigresen dibuang kerja kerana mensabotaj sistem Jabatan Imigresen Malaysia (myIMMs).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi berkata, 14 pegawai turut ditahan kerja, manakala lapan ditangguh pergerakan gaji.

Menurutnya, kesemua pegawai dan kaitangan terdiri daripada di pelbagai skim perkhidmatan sokongan yang bertugas di pintu pintu masuk utama negara, termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.

Katanya, ketika ini, Jabatan Imigresen sedang dalam proses untuk menukar tempat kerja membabitkan 63 pegawai dan kakitangannya di pelbagai peringkat .

Beliau berkata, siasatan dalaman mendapati, kejadian sabotaj itu dikesan bermula sejak 2010 dan ia melibatkan rangkaian yang didalangi oleh agen-agen di luar negara turut menggunakan rakyat tempatan, termasuk pegawai imigresen.

BACA: Sabotaj myIMMs: 100 termasuk pegawai Imigresen terlibat - Zahid

BACA: KDN tubuh jawatankuasa tambah baik MyIMMS

Pada Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, terdapat unsur sabotaj dalam myIMMs.