awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat Khas MKT bincang usul dikemuka sayap parti – Asyraf Wajdi
Dapur Digital jana pulangan RM2.5 juta, perkasa komuniti keusahawanan digital - Fahmi
Wartawan Iran menangis di PBB, gesa dunia bertindak lebih tegas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Dr Mahathir gesa Najib kemukakan bukti sah aset

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2015
12:14 MYT
1MDB: Dr Mahathir gesa Najib kemukakan bukti sah aset
Tun Dr Mahathir menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kemukakan bukti secara terbuka bahawa asetnya adalah sah di sisi undang-undang. - Foto Fail
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mengemukakan bukti secara terbuka bahawa semua asetnya adalah sah di sisi undang-undang.
Dalam satu temu bual bersama BBC pada Khamis, Dr Mahathir berkata apa yang dilakukan oleh Najib sebelum ini hanya menafikan tuduhan, namun tiada bukti yang disertakan.
"Mengapa beliau (Najib) tidak menjawab segala tuduhan yang dibuat? Apabila dituduh atas sesuatu perkara, beliau menganggap ia seakan satu rancangan. Itu mengarut.
"Mudah saja untuk beliau buktikan jika tuduhan itu tidak benar. Suruh pihak yang bertanggungjawab memeriksa akaun banknya. Itu sahaja," kata Dr Mahathir.
Dalam temu bual tersebut, Dr Mahathir turut menafikan bahawa beliau mempunyai niat menjatuhkan Najib.
"Saya tahu mengenai 1MDB daripada akhbar antarabangsa dan saya tanya orang tempatan mengenainya.
"Adalah tidak benar saya berniat menjatuhkan Najib dan saya tidak bekerja dengan media antarabangsa," jelas Mahathir.
Pada 7 Julai, satu Pasukan Petugas Khas telah membekukan enam akaun bank berikutan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) bahawa AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun peribadi Najib.
Kenyataan mengenai langkah pembekuan itu dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB.
Terbaharu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengeluarkan kenyataan pada Rabu menjelaskan bahawa tiada di antara akaun-akaun yang dibekukan itu milik Najib.
BACA: Najib Razak mulakan proses undang-undang terhadap The Wall Street Journal
BACA: Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Topic Berkaitan
#1MDB
#bbc
#Mahathir
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan