awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion

207 pendatang tanpa izin positif COVID-19 - KP Imigresen

Bernama
Bernama
25/05/2020
11:26 MYT
207 pendatang tanpa izin positif COVID-19 - KP Imigresen
Khairul Dzaimee memaklumkan setakat ini terdapat seramai 14,496 pendatang tanpa izin di depot tahanan negara. - Bernama
Seramai 207 daripada 13,929 pendatang tanpa izin yang ditahan di tiga Depot Tahanan Imigresen di Semenanjung Malaysia didapati positif jangkitan virus COVID-19.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata daripada jumlah itu, 110 daripadanya telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk mendapatkan rawatan.
"Baki pendatang yang positif jangkitan itu masih lagi berada di tiga buah Depot Tahanan Imigresen iaitu di Bukit Jalil, KLIA dan Semenyih," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengiringi lawatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ke pusat kuarantin berkenaan, pada Isnin.
BACA: COVID-19: KKM ramal jumlah kes positif bertambah hari ini, esok dan lusa
BACA: COVID-19: 172 kes baharu, 34 pulih dan tiada kematian
Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Pada masa yang sama, katanya, seramai 238 pegawai imigresen yang bertugas di tiga depot tahanan terlibat dikenakan perintah kuarantin selama 14 hari dan tugas kawalan diambil alih pegawai imigresen negeri yang berkaitan.
Khairul Dzaimee memaklumkan setakat ini terdapat seramai 14,496 pendatang tanpa izin di depot tahanan negara ini termasuk di Sarawak.
Sementara itu, Ismail Sabri, berkata lawatannya ke pusat kuarantin itu bagi melihat kemampuan tempat berkenaan menampung pesakit COVID-19 jika jumlahnya meningkat.
Beliau berkata pusat itu berkemampuan untuk menampung seramai 600 pesakit dan kerajaan telah pun mengenal pasti beberapa lagi pusat kuarantin lain untuk menempatkan pendatang tanpa izin ini jika bilangan mereka meningkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#kerajaan
#keselamatan
#Ketua Pengarah Imigresen
#Ketua Polis Negara
#Khairul Dzaimee Daud
#Maeps
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.