awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 gadis Rohingya nyaris jadi mangsa pemerdagangan manusia di Malaysia

Agensi
Agensi
12/05/2019
12:56 MYT
23 gadis Rohingya nyaris jadi mangsa pemerdagangan manusia di Malaysia
Menurut polis, gadis-gadis berkenaan ditemui sedang bersembunyi di dalam bilik sebuah kedai jahit selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah kediaman di utara bandar itu.
Seramai 23 remaja perempuan Rohingya telah diselamatkan oleh polis Bangladesh selepas dibawa dari kem pelarian ke Dhaka sebelum dihantar ke Malaysia melalui udara, lapor AFP pada Ahad.
Menurut jurucakap polis, Mokhlesur Rahman, gadis-gadis berkenaan ditemui sedang bersembunyi di dalam bilik sebuah kedai jahit selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah kediaman di utara bandar itu.
“Mereka (gadis-gadis itu) dijanjikan pekerjaan di Malaysia dan dibawa dari kem pelarian di Cox’s Bazar,” katanya kepada AFP.
Tambah Rahman, kesemua remaja terbabit yang berusia di antara 15 hingga 19 tahun itu juga berkemungkinan dipaksa menjadi pelacur.
“Kami sudah memfailkan kes terhadap empat suspek yang ditahan dan menghantar gadis-gadis itu pulang ke kem di Cox’s Bazar,” katanya.
BACA: Pelarian Rohingya 'dijual seperti ikan' oleh sindiket pemerdagangan manusia
Terdesak untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, ramai gadis remaja mudah menjadi mangsa sindiket pemerdangan manusia yang dikatakan berkeliaran di kem-kem pelarian berkenaan.
Pihak berkuasa Bangladesh, pada tahun ini sahaja telah menghalang lebih 300 etnik Rohingya daripada cubaan melarikan diri menggunakan bot nelayan buruk.
Ramai juga yang telah cuba terbang ke negara-negara termasuk Malaysia dan Timur Tengah dengan mendapatkan pasport dan dokumen perjalanan Bangladesh.
Topic Berkaitan
#Cox's Bazar
#etnik rohingya
#Mokhlesur Rahman
#pelacuran
#pelarian
#pemerdagangan manusia
#polis Bangladesh
#remaja perempuan Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan