awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 individu dibebaskan susulan siasatan laporan fitnah Sarawak Report

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2015
17:08 MYT
3 individu dibebaskan susulan siasatan laporan fitnah Sarawak Report
KHALID: Siasatan polis turut menjurus kepada isu kebocoran maklumat rasmi kerajaan yang disalahgunakan oleh pihak tertentu.
Tiga individu yang ditahan pada awal pagi Sabtu bagi membantu siasatan polis susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dibebaskan pada tengah malam hari yang sama.
Menurut Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad, ketiga-tiga sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
Terdahulu tiga individu yang ditahan ialah Bekas Ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Datuk Rashpal Singh; Ahli Sekretariat Kewangan dan Pentadbiran AMLA (Pasukan Petugas Khas), Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairi.
BACA: KDN akan ambil tindakan undang-undang ke atas Clare Brown
BACA: 1MDB, WSJ, Najib: Apa yang kita tahu setakat ini?
BACA: Justo dakwa ditawar RM7.6 juta untuk maklumat
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, polis sudah merakam percakapan ketiga-tiga mereka berhubung laporan berbaur fitnah yang dibuat oleh Clare.
Siasatan polis turut menjurus kepada isu kebocoran maklumat rasmi kerajaan yang disalahgunakan oleh pihak tertentu.
Sementara itu, beberapa pegawai dari Bank Negara dan bank komersial akan turut dipanggil bagi membantu siasatan polis.
BACA: SKMM sekat portal Sarawak Report
BACA: Polis tahan dua individu bantu siasatan 1MDB
BACA: Sorotan isu 1MDB
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#KPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan